Kalkulator

on Sunday, September 11, 2011

Hai Salam Sejahtera

Sebagai seorang yang selalu berhadapan masalah matematik dan saintifik setiap hari, aku sentiasa berhadapan dengan mesin kira-kira yang lebih dikenali sebagai kalkulator. Kalkulator sebenarnya telah wujud telah sekian lama cuma jenisnya yang berbeza-beza dan kalkulator hari ini telah mengalami evolusi setelah berabad lamanya digunakan manusia.

Dari sempua yang digunakan sejak 500 tahun sebelum masihi ke kalkulator mekanikal moden hingga ke kalkulator elektronik yang wujud pada hari ini.

sempua(gambar google)


kalkulator mekanikal (gambar google)


kalkulator moden (gambar google)

Dengan sejarah kalkulator yang telah wujud sekian lama dan keadaan aku yang sentiasa bersua-muka denganya, timbul satu persoalan yang bermain-di fikiran aku, " apa yang akan berlaku pada tamadun manusia sekiranya tidak wujud kalkulator?. "

Apa yang akan berlaku pada alternate history agaknya..

Makan Malam

on Saturday, September 10, 2011
Hai Salam Sejahtera

Tadi selepas berasa lapar yang teramat aku ajak kawan kawan setiduran pergi mengisi perut tidak jauh dari tempat kami bermastautin. Di sana kami bertongkat dagu memilih menu makanan untuk menjadi santapan jasmani yang telah beberapa jam kegersangan bahan hadaman. Sementelah memesan makanan kami meninjau ninjau keadaan sekeliling untuk mencari isu umpatan.

Dan beberapa meja di sekeliling kami dihuni oleh beberapa awek awek yang berbaju t-shirt putih dan berseluar pendek menutup punggung. Baju tersebut hanya sebagai cukup syarat "pakai baju" dan seluar tersebut hanya sebagai cukup syarat "pakai sluar" sebab kami memang nampak 1 lagi pakaian kat dalam di sebalik pakaian jarang kat luar tu.

Persoalan kali ini khusus kepada wanita, "kenapa nak tayang sangat kemaluan korang dan apa yang bestnye eh tayang tayang ni?"..

Mekdi

on Friday, September 9, 2011
Hai Salam Sejahtera

Aku tengok ramai orang pergi mekdi dan online kat sana. Dulu masa muda muda teringin jugak nak pegi sana beronline dengan menggunakan laptop dan sekarang bila ada laptop ingin jugak aku pergi sana. Tapi sejak sejak ade kedai makan kene rompak dan orang yang online kat kedai tu pun kene rompak, aku jadi tak berani pulak.

Berbalik kepada topik tadi, aku pernah ajak kawan kawan beronline di mekdi untuk melakukan kerja kerja pembelajaran bukan untuk membuat keje sia sia seperti berfacebook. Tapi ada diantara kawan kawan aku tersebut yang tak nak ikut dengan alasan "laptop aku buruk r malu r nanti orang tengok." Tu lah salah satu jawapannya.

Persoalan aku sekarang "adakah kena pakai macbook baru bleh online kat mekdi?" memang rata rata aku tengok orang kat sana online dengan laptop baru ataupun macbook. Tak paham aku.

Aku Nak Promosi BLog Di UmarFaruq.com!!!

Hai Salam Sejahtera


Pertanyaan aku pasal entri kali ini, "Mampukah aku menjadi sehebat Umar Faruq dan siapakah sebenarnya beliau?"

Korang klik je pada nama Umar Faruq ni untuk ke laman web milik beliau..

Jalan Jalan Membeli Belah

Hai Salam Sejahtera.

Berjalan jalan merupakan hobi di masa lapang dan membeli belah pula hobi aku tatkala mempuyai wang lebih. Sebenarnya banyak gelagat orang orang yang sangat mencuit hati dan tidak kurang juga gelagat yang menyakitkan hati tapi apa aku boleh buat dah itu hak mereka.

Dan antara gelagat gelagat tu ada la yang aku tertanya tanya apa tujuan mereka buat. Dan persoalan aku "Kenapakah pakwe membawa beg tangan seorang aweknya?" Nak kata gentleman tu entah lah.. Kepada pembaca yang menemui blog ni, boleh tolong jawab? Hehe..

Aku serius mahukan jawapan..

Pendahuluan

Hai Salam Sejahtera.

Ni post pertama aku dan aku tau tengah bertaip sorang diri. Tujuan aku buat blog ni sebab aku jenis banyak bertanya tentang benda yang tidak ada dalam buku mahupun internet. Pertanyaan pertanyaan ilmiah memang aku dah ada sumber tapi pertanyaan yang berkaitan kehidupan ni aku kurang sumber dan aku harap ada yang membantu aku.

Kepada pembaca yang terjumpa blog ni di harap membantu aku mengenali hidup yang serba warna warni ini. Aku akan banyak bertanya soalan yang remeh temeh dan jugak kompleks sekompleks kompleks beli belah.

Intro dari aku yang taip yang aku rasa aku je baca..
hostgator coupon